Thursday, September 8, 2016

Hari Merdeka ke 59 - 2016

Awal bulan Ogos 'Asim dah excited nak pasang bendera sejak balik tadika asyik cerita pasal bendera- merdeka, homeworknya pun ada kena lukis bendera... mama baba pun raikan permintaannya untuk pasang bendera, jadinya baba yang rajin melayan ke Mydin beli bendera & tampal keliling ruang tamu.. lagi kreatif baba beli beras murah, campurkan perwarna kemudian lapiskan dalam cawan mengikut warna bendera. beli t-shirt jalur gemilang lagi..terima kasih baba layan anak2..


 
Cerita di Pagi Hari Merdeka, semua dah excited bersiap nak sambut merdeka, kali pertama nak sambut merdeka di dataran. Selama ni, mamababa sambut depan tv je tengok sambutan merdeka. Tahun ni cadang nak ke dataran bawa anak2.. Kami pilih dataran Shah Alam jelah sebab dekat dengan rumah jaddah.. Sampai dataran Shah Alam kosong takde manusia pagi2 lepas subuh, telefon mak cik rupanya Selangor perarakan dan sambutannya malam semalam sekali dengan bunga api jam 12 malam.. hampa seketika , akhirnya baba bawa jalan2 menggantikan hajat yang tak kesampaian..
#patutlah banyak benda tak elok yang jadi pada remaja lelaki dan perempuan yang sambut malam merdeka, mungkin antara faktornya sambutan yang bermula 12 malam habis entah jam berapa ditambah dengan longgarnya kawalan ibubapa.
 

 
Apapun kami tetap bangga jadi anak Malaysia,
Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan menjauhkan bala dari Malaysia
atas sebab kerosakan dari tangan2 manusia sendiri

No comments:

Post a Comment