Friday, December 28, 2012

Filzah Binti Hairuddin

Alhamdulillah nasykuruhu.....29/12/12 dah 2 hari puteri mama ni ada kat sebelah mama...nama diberi Filzah ( belahan jiwa)...2.89kg...
kronologi kelahiran " Adik Fijah " (abang 'Asim paggil), jeng jeng jeng

26/12 - pukul 4.30 pagi ma terjaga pergi toilet macam biasa, nak tido rasa rengat kat perut, buat x tahu je tapi setiap 10 minit still sama.. mama tak boleh tido
- 6:30 pagi: lepas baba solat subuh ma beritahu ba ma sakit setiap 10 minit, baba nak bersiap ada mesyuarat kat sekolah.
- 11:00 pagi: baba minta keluar awal dari mesyuarat dan balik risaukan mama..
-2:00 tengahari: bertolak ke Shah Alam, jalan2 kat Plaza Alam Sentral dulu konon nak bagi bukaan cepat
- 4:30 petang:  doc cek dah 3 cm dan diarahkan admit ke wad..

27/12 - 4:00 pagi: tunggu2 bukaan masih 3 cm dah rahim masih tebal, doc induce kali pertama melalui bawah
- 10:00 pagi : lagi sebiji ubat induce kali kedua
28/12- 1:30 pagi: masih tak buka2 laluan tapi kontraksi dah 5minit sekali.. doc bagi tiga pilihan :1) induce kali ke 3 atau 2) terus drip air atau 3)c-zer terus
-4:00 pagi : keputusan dah dibuat mama akan cube semua pilihan untuk normal sebelum c-zer... mama diinduce kali ke3...
9:00 pagi: masih tak buka laluan, ma dimasukkan pula drip air, kontraksi makin kuat setiap 2 minit.. mama genggam tangan baba sambil guna teknik bernafas ...
10:30: Doc cakap bacaan jantung baby tak normal mungkin dia stress atau tali pusat terlilit...terus masuk ke bilik ot (operation)... tepat jam 11:30  Filzah keluar melalui tingkap.. mama yang sedar separuh badan dengar doc cakap patutlah baby tak nak turun2 , tali pusat lilit bahu dan badan baby ... jadi setiap kali kontraksi, semakin baby nak turun semakin menegang tali pust terlilit... nasib baik tak lilit leher..

Apepun Alhamdulillah Filzah dan mama selamat.. walaupun berat hari untuk dibedah sebab ma yakin kelahiran kali ini mudah macam abang 'Asim dulu.. rupanya takdirNya mengatasi segala-galanya..

29/12 - tengah tunggu masa nak balik rumah, doc2 datang melawat cerita hari ni ada seorang lagi patient dari hospital sg.Buloh dah kontraksi 2 hari tapi bukaan tetap 2cm, rupanya baby dia pun terbelit tali leher..lagi kesian dia dah over due date 10 hari.... mama tahu macam mana perasaan si ibu tu menanti kelahiran dalam sakit...

Alhamdulillah, terima kasih Allah selamatkan baby Filzah...
Terima kasih doa suami, ibu, buya, family serta rakan2
Terima kasih doktor2, nurse di Hospital Umra Shah Alam atas bantuan, layanan dan jagaan
 tq mak anje dan pak usu berkampung 2 malam dalam wad untuk jaga abang 'Asim yang tengah lasak tu ;p...
paling istimewa, buah hatiku cik abang yang sentiasa di sisi menemani, menjaga dan berkongsi luahan hati.... Sayang semuanya...........