Sunday, December 25, 2011

Khadijah Binti Hairuddin

Tajuk ni ialah nama kepada adik Muhammad 'Asim , anak kedua mama dan baba... Dijah dah meninggal masa umur 23 minggu dalam perut, dia sakit cystic hygroma... dah 9 hari dia tinggalkan mama berpantang tanpa baby... hari ni mama gagahkan diri tulis tentang dijah dalam blog mama untuk ingatan mama dan semua family dijah...

Antara persiapan yang mama dah siapkan untuk dija ialah:
baju-baju lama abang 'Asim yang masa baby dulu mama dah keluarkan dari simpanan, mama selalu borak ngan dija, baba pun selalu usap perut mama dan panggil 'Dijah' walaupun scan jantina bulan satu ni baru next appointment, mama bacakan surah luqman, yusuf, maryam bila free untuk dijah

Antara yang mama tak sempat buat untuk dija ialah :
mama dan baba rancang lepas tau jantina anak mama, baba  dan mama nak shopping kat GM beli barang-barang baby yang baru...
mama dah survey katil untuk abang 'Asim, sebab kalau dijah dah keluar tak muat la 4 orang satu katil, kenela keluarkan abang 'Asim, Dijah tido sebelah mama...

15/12 mama bangun dari katil tiba2 ada air keluar membasahi kaki mama, jernih tanpa bau.. mama basuh macam biasa, air dah tak keluar..
16/12 sebelum tidur, bangun dari tido, dan selang beberapa jam mesti ada air jernih yang keluar membasahi kaki mama walaupun dah basuh...ma mula takut , ma beritahu baba petang tu lepas baba balik dari kedai, baba terus call klinik An-Nur nurse tu cakap itu air ketuban, bahaya kalau dah keluar ... baba pun suruh mama gi klinik... sampai di klinik, mama discan, Dr cakap , saya tak jumpa denyutan jantung baby, mungkin dia dah takde... mama dah mula menangis walaupun kata2 Dr tu memujuk " takpe awak muda lagi" ma tetap tak dapat terima... Dr buatkan surat untuk refer ke KPJ untuk keluarkan mayat dijah..
Sampai di KPJ seksyen 20, mama discan sekali lagi dan akhirnya dimasukkan ke wad..
baba sentiasa menemani mama...
17/12 mama diinduce oleh Dr pada pukul 11 pagi, kontraksi bermula, sekali lagi diinduce pada pukul 6 ptg, kontraksinya sakit sangat berbanding masa ma bersalinkan 'Asim sebab kali ni mama diinduce... ma still bercakap pujuk dijah supaya keluar walaupun ma tahu dijah dah tak dengar.. tepat pukul 11.30 dijah pun keluar....   ma lega sebab sakit kontraksi dah hilang tapi ma sedih sebab dijah pun dah takde dalam perut mama...

18/12 dijah dimandikan, disolatkan di masjid negeri dan ditanam di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam.. jaddun cakap tak solat pun tak ape sebab dijah xde dosa tapi doanya banyak untuk kedua ibu bapa.. antara terjemahannya Ya Allah kau beratkanlah neraca timbangan kedua ibu bapanya... bila ma dah tahu, tu ynag mama minta jaddun dan baba wat jugak solat jenazah... semoga semua yang meng'aminkan doa akan dimakbulkanNya..

Benarlah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan...

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها إلا أخلف الله له خيرا منها
Ya  Allah, Kau ganjarilah aku dalam menghadapi musibah ini, dan gantilah dia dengan yang lebih baik untukku.. Amin..

Mama, Baba, Abang 'Asim akan ingat dan sayang Dijah selamanya..... tunggu mama ye sayang..


Bermainlah bersama teman-temanmu di taman syurga sayang.........