Sunday, December 25, 2011

Khadijah Binti Hairuddin

Tajuk ni ialah nama kepada adik Muhammad 'Asim , anak kedua mama dan baba... Dijah dah meninggal masa umur 23 minggu dalam perut, dia sakit cystic hygroma... dah 9 hari dia tinggalkan mama berpantang tanpa baby... hari ni mama gagahkan diri tulis tentang dijah dalam blog mama untuk ingatan mama dan semua family dijah...

Antara persiapan yang mama dah siapkan untuk dija ialah:
baju-baju lama abang 'Asim yang masa baby dulu mama dah keluarkan dari simpanan, mama selalu borak ngan dija, baba pun selalu usap perut mama dan panggil 'Dijah' walaupun scan jantina bulan satu ni baru next appointment, mama bacakan surah luqman, yusuf, maryam bila free untuk dijah

Antara yang mama tak sempat buat untuk dija ialah :
mama dan baba rancang lepas tau jantina anak mama, baba  dan mama nak shopping kat GM beli barang-barang baby yang baru...
mama dah survey katil untuk abang 'Asim, sebab kalau dijah dah keluar tak muat la 4 orang satu katil, kenela keluarkan abang 'Asim, Dijah tido sebelah mama...

15/12 mama bangun dari katil tiba2 ada air keluar membasahi kaki mama, jernih tanpa bau.. mama basuh macam biasa, air dah tak keluar..
16/12 sebelum tidur, bangun dari tido, dan selang beberapa jam mesti ada air jernih yang keluar membasahi kaki mama walaupun dah basuh...ma mula takut , ma beritahu baba petang tu lepas baba balik dari kedai, baba terus call klinik An-Nur nurse tu cakap itu air ketuban, bahaya kalau dah keluar ... baba pun suruh mama gi klinik... sampai di klinik, mama discan, Dr cakap , saya tak jumpa denyutan jantung baby, mungkin dia dah takde... mama dah mula menangis walaupun kata2 Dr tu memujuk " takpe awak muda lagi" ma tetap tak dapat terima... Dr buatkan surat untuk refer ke KPJ untuk keluarkan mayat dijah..
Sampai di KPJ seksyen 20, mama discan sekali lagi dan akhirnya dimasukkan ke wad..
baba sentiasa menemani mama...
17/12 mama diinduce oleh Dr pada pukul 11 pagi, kontraksi bermula, sekali lagi diinduce pada pukul 6 ptg, kontraksinya sakit sangat berbanding masa ma bersalinkan 'Asim sebab kali ni mama diinduce... ma still bercakap pujuk dijah supaya keluar walaupun ma tahu dijah dah tak dengar.. tepat pukul 11.30 dijah pun keluar....   ma lega sebab sakit kontraksi dah hilang tapi ma sedih sebab dijah pun dah takde dalam perut mama...

18/12 dijah dimandikan, disolatkan di masjid negeri dan ditanam di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam.. jaddun cakap tak solat pun tak ape sebab dijah xde dosa tapi doanya banyak untuk kedua ibu bapa.. antara terjemahannya Ya Allah kau beratkanlah neraca timbangan kedua ibu bapanya... bila ma dah tahu, tu ynag mama minta jaddun dan baba wat jugak solat jenazah... semoga semua yang meng'aminkan doa akan dimakbulkanNya..

Benarlah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan...

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها إلا أخلف الله له خيرا منها
Ya  Allah, Kau ganjarilah aku dalam menghadapi musibah ini, dan gantilah dia dengan yang lebih baik untukku.. Amin..

Mama, Baba, Abang 'Asim akan ingat dan sayang Dijah selamanya..... tunggu mama ye sayang..


Bermainlah bersama teman-temanmu di taman syurga sayang.........

Sunday, November 13, 2011

Setahun 8 bulan (Oktober 2011)


 Sanah Helwa Mak Uda Awra 1 Okt..
Dalam bulan ni tak banyak berjalan, baba mama bawa 'Asim pergi Bukit Cerakah dan ICT je..
Cerita pasal Bukit Cerakah kebetulan hari tu, jaddah dah nasihatkan jangan pergi macam nak petir, tapi mama nak jugak pergi... sempat melawat 1 tempat je, rumah 4 musim.. selebihnya duk atas train die sebab hujan.. cian 'Asim hampir kuyup

bile dah hujan lebat tu..terus balik rumah jaddah..hihi senyum aje tu la baba mama degil...

Ni pulak masa kat ICT dengan pak Itam, mak anje dan pak usu






'Asim baik sangat waktu ni sebab dia kesejukan merah hidung dia..... sweet moments.....

Monday, July 25, 2011

Walimah Mak Lang 'Asim ( Mak Lang Amal & Pak Lang Rafie)

Tahniah Mak Lang n Pak Lang...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....
Baba saksi dan penanggah , mama penanggah, 'Asim penyeri majlis hihihi sampai hilang 2kali mama sibuk sangat.. rupanya kat mak anje Aufa dan Acik Rina

Tuesday, June 7, 2011

'Asim 1 tahun 5 bulan

'Asim dah makin bijak dan lasak...Antara aktiviti hariannye...
dengar lagu atau rentak lagu : menari goyang semua, kalau tengah menyusu dia goyang kaki...
dengar azan, dia angkat tangan macam baca doa,
kalau mama / baba bentang sejadah nak solat : dia nyibuk gak sujud dan rukuk versi 'Asim ( rukuk dah betul, sujud kepala ngan tangan je turun, lutut berdiri)
kalau nampak orang keluar : sibuk nak ikut sampai nangis2 mintak simpati
pandai cakap : "ma", "ba", "dah", "nak", "nak arrr" sambil geleng kepala ertinya tak nak,
tak penat berlari dan berjalan : mama rasa kalau dia jalan luar rumah jaraknya macam dari rumah taman jati boleh sampai rumah moyang kat batu 16 tu
malam dia selalu terbangun pukul 5 atau 3 pagi, mulut ngan tangan cari susu tapi mata terpejam...dah minum sekejap tido balik..
Ada satu hari tu mama dan family kuar makan kat seksyen 2, tengah baru start makan tiba2 'Asim angkat tangan wat macam baca doa..Jaddun yang dok sebelah dia cakap "tengok 'Asim tu orang lain lupe dia ingatkan" hihihi malu mama.. Ni babala yang ajar.. makan malam mesti jemaah, kene tunggu baba balik keje dulu, dok sama2 nenek pastu baca doa baru boleh makan....
Lagi.... ha
Kalau dengar bunyi motor baba, dia lari dulu pergi pintu, bile baba masuk dia nangis sebab nak suruh baba bawak jalan naik moto...baba dengan penat2 ikut juga... tulah sape suruh rajin sangat bawa anak jalan naik moto.. sekarang hari2 mau...






 

Tuesday, May 17, 2011

11 Mei 2011

Sambutan pertama mestilah ucapan dari zauji tercinta dan keluarga tersayang...

Hari Rabu, mama pergi sekolah.. pergi kelas 2 Al-Maliki, dari jauh pelajar lelaki dah nampak mama lari masuk kelas n tutup pintu... mama dah nak marah kenapa mama datang dia tutup pintu... bile sampai depan pintu rupanye belakang pintu tu ada tampal ...jeng jeng jeng
Bila dah masuk ada lagi kejutan..diorang buat banner even dari kertas mahjong dan tampal atas papan putih... nyanyikan lagu dan bagi hadiah...


Terharu sebab tak pernah bagitahu bila tarikh lahir mama... mereka tengok di pusat sumber katanye... last2 diorang yang tak percaya bile kira2 umur mama baru 22 tahun  ;)..syukran jazilan... jazakumullah khairal jaza'..

Malam pula habis kelas mengaji baba tak terus balik macam biasa, dia berhenti depan kedai secret recipe, terus keluar ambil kek... rupanya dia dah tempah pagi tadi... terus ajak mama sambut di Shah Alam



terima kasih Abang....

ابريل ، مايو 2011

'Asim setahun dua bulan
mandi dalam kolah @ rumah jaddah
'Asim memang tak boleh mandi sekejap..mesti dia menjerit kalau disuruh keluar...suka main air
'Asim baru balik sekolah

mak anje bagi makan pisang

'Asim setahun 3 bulan ...

mandi dengan abang Irfan (sepupu)
tido masa jamuan hari keluarga sekolah mama
Baba dera 'Asim...hihihi 'Asim pasrah je.. jadi macamni sebab kalau 'Asim keluar dia akan lari.....penat baba mama kejar

Tuesday, March 22, 2011

20 tahun akan datang???

hahaha kelakar....... cian 'Asim baru 21 tahun , 20 tahun akan datang...

Muhammad Ismail B. Yahya

5 hb 3 2011, lahirlah Ismail ke dunia... Tahniah Mak Imai n Uncle Yahya.... selamat datang ke alam keibubapaan.. :) Ismail : 2.1 kg  haluss , hidung mancung.... = sepupu kepada mama & pakcik kepada 'Asim..

Thursday, February 3, 2011

Kedatangan orang Shah Alam

Malam 2hb 2, family mama datang...diorang cakap rindukan 'Asim & nak sambut birthday 'Asim...tq semua....
itik tu dari mak cik & pakcik 'Asim yang lain.. bear tu dari Jaddah..bile tekan pewut dia...ada bunyilak...

ni buku kain, mak long belikan tapi dia tak datang sebab masih dalam pantang...tq 'Urwah


 Strawbery ni pula dari Wan Along dari Cameron Highlands..syukran..epynyeee
Jaddun bagi 1/2 dinar emas..cayang Jaddun..
sarat dah motor 'Asim...penuh dengan hiasan...

Tuesday, February 1, 2011

'Asim Genap Setahun

Salam... ni gambar2x 'Asim dengan kek comel dia....1.2 genaplah setahun... itupun kena tunggu mama balik sekolah dulu...;)
nenek bagi duit...terima kasih nenek... nanti mama belikan baju baru