Friday, December 28, 2012

Filzah Binti Hairuddin

Alhamdulillah nasykuruhu.....29/12/12 dah 2 hari puteri mama ni ada kat sebelah mama...nama diberi Filzah ( belahan jiwa)...2.89kg...
kronologi kelahiran " Adik Fijah " (abang 'Asim paggil), jeng jeng jeng

26/12 - pukul 4.30 pagi ma terjaga pergi toilet macam biasa, nak tido rasa rengat kat perut, buat x tahu je tapi setiap 10 minit still sama.. mama tak boleh tido
- 6:30 pagi: lepas baba solat subuh ma beritahu ba ma sakit setiap 10 minit, baba nak bersiap ada mesyuarat kat sekolah.
- 11:00 pagi: baba minta keluar awal dari mesyuarat dan balik risaukan mama..
-2:00 tengahari: bertolak ke Shah Alam, jalan2 kat Plaza Alam Sentral dulu konon nak bagi bukaan cepat
- 4:30 petang:  doc cek dah 3 cm dan diarahkan admit ke wad..

27/12 - 4:00 pagi: tunggu2 bukaan masih 3 cm dah rahim masih tebal, doc induce kali pertama melalui bawah
- 10:00 pagi : lagi sebiji ubat induce kali kedua
28/12- 1:30 pagi: masih tak buka2 laluan tapi kontraksi dah 5minit sekali.. doc bagi tiga pilihan :1) induce kali ke 3 atau 2) terus drip air atau 3)c-zer terus
-4:00 pagi : keputusan dah dibuat mama akan cube semua pilihan untuk normal sebelum c-zer... mama diinduce kali ke3...
9:00 pagi: masih tak buka laluan, ma dimasukkan pula drip air, kontraksi makin kuat setiap 2 minit.. mama genggam tangan baba sambil guna teknik bernafas ...
10:30: Doc cakap bacaan jantung baby tak normal mungkin dia stress atau tali pusat terlilit...terus masuk ke bilik ot (operation)... tepat jam 11:30  Filzah keluar melalui tingkap.. mama yang sedar separuh badan dengar doc cakap patutlah baby tak nak turun2 , tali pusat lilit bahu dan badan baby ... jadi setiap kali kontraksi, semakin baby nak turun semakin menegang tali pust terlilit... nasib baik tak lilit leher..

Apepun Alhamdulillah Filzah dan mama selamat.. walaupun berat hari untuk dibedah sebab ma yakin kelahiran kali ini mudah macam abang 'Asim dulu.. rupanya takdirNya mengatasi segala-galanya..

29/12 - tengah tunggu masa nak balik rumah, doc2 datang melawat cerita hari ni ada seorang lagi patient dari hospital sg.Buloh dah kontraksi 2 hari tapi bukaan tetap 2cm, rupanya baby dia pun terbelit tali leher..lagi kesian dia dah over due date 10 hari.... mama tahu macam mana perasaan si ibu tu menanti kelahiran dalam sakit...

Alhamdulillah, terima kasih Allah selamatkan baby Filzah...
Terima kasih doa suami, ibu, buya, family serta rakan2
Terima kasih doktor2, nurse di Hospital Umra Shah Alam atas bantuan, layanan dan jagaan
 tq mak anje dan pak usu berkampung 2 malam dalam wad untuk jaga abang 'Asim yang tengah lasak tu ;p...
paling istimewa, buah hatiku cik abang yang sentiasa di sisi menemani, menjaga dan berkongsi luahan hati.... Sayang semuanya...........



Tuesday, January 31, 2012

Anniversary ke 3 (31 Jan 2012) & Bithday 'Asim ke 2 (1 Feb 2012)

          Hari ni hari lahir sayang mama, Muhammad 'Asim dah 2 tahun... malam tadi celebrate ulang tahun perkahwinan mama baba sekali jamak dengan hari lahir 'Asim ;p.. Baba punya plan, seminggu sebelum tu baba cakap baba dah booking dinner malam anniversary nanti... tapi secret tempatnya kata baba... dua hari lepas ma tak sabar nak tahu juga sampai ma "ugut" baba cakap "kalau baba tak bagitahu tempatnya nanti mama taknak pergi... please bagi klu".. baba pun cakap Ampang..hihihi terus mama cari kat google : restoran menarik di Ampang, keluarla resultnya: antara yang famous restoran tupai2, restoran Wadi Hadramawt...
mama cakap kat baba:  makanan arab ye hadramawtkan?
Baba : la macam mana mama tahu ni...senyummm

       31/1 : Baba sampai rumah kul 7malam.. siap2 solat maghrib terus pergi...dalam hati mama dah set makanan arab.. Sampai kat sign board Restoran Istana Bambu baba belok kereta terus parking... Mama menjerit ooooooooo baba tipuuuuu...bab senyum je..hihi best jugak sesekali kena surprise camni... Tq baba.. mama cuma bagi kad je tapi home made tau ;))


Sebelum keluar rumah













Sanah Helwa Sayang 'Asim

'Asim nak lagi




Alhamdulillah sedap sangat...



Mama sajaje mintak tengok bil, baba cakap: ala sekali sekala je..bukan selalu..hihi baba macam tahu2 je mama nak cakap apa..

Baba solat Isya' kat surau buluh




surau di tengah-tengah sawah


Jom Balik
Alhamdulillah..dah kenyang, dah sampai rumah.. sekarang giliran mama pulak bagi hadiah kat baba




Tuje sambutannya.. saje seronok2 yang penting ialah doa baba untuk keluarga kita yang baba baca sebelum dinner tu....

          Hadiah untuk 'Asim  daripada Mama Shamsiah (pengasuh 'Asim) ialah basikal dan baju tidur... terima kasih mama sham sebab jaga 'Asim....


baba tumpang boleh?
"Ya Allah kau berkatilah keluarga kami, berikanlah kami ketenangan serta zuriat keturunan yang soleh solehah" Aminn
 Terima kasih untuk semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami.......



@ Melaka

             Cuti raye cina 23-24 Januari, baba bawa mama dan 'Asim jalan-jalan di Melaka.. Kami check in Hotel Mansor pada pukul 12:30 tengahari

Lepas solat jamak taqdim, baba bawak makan kat restoran makanan minang area hotel tu je.. Pastu bermulalah penjelajahan...

                                                           Di Menara Taming Sari


Beca ke Motor???











A'Famosa

Keretapi Tanah Melayu

Dalam muzium kastam ni ada alatan kastam zaman dahulu dan barang-barang rampasan



Atas ni pula gambar-gambar di Melaka River Cruise.. Duduk dalam bot ni 45 minit sampai 'Asim sempat tidur.. Yang bestnya, dapat tengok bangunan2 lama di sepanjang persisiran sungai tu.

          Bila dah penat mulalah lapar.. sebelum pergi makan, bersiap kat hotel dulu pastu kita gi makan di Medan Selera Ikan Bakar Umbai.. Baba pilih kupang masam manis, ikan pari sambal  dan ikan cencaru bakar..jom tengok


Sudah kenyang, balik hotel, jamak ta'khir lak n tidoooooo..
Pagi esoknya, turun hotel jalan kaki je pergi sarapan di restoran Adik-Beradik Asam Pedas, Muzium Samudera dan Pasar Padang Pahlawan






Baba pilih bakul buluh untuk letak susu 'Asim 
Dah pukul 11:30 pagi, berjalan balik ke hotel, check out terus ke Villa Sentosa Kg Morten, mama yang suruh baba bawa sebab tengok luar je masa naik bot river cruise semalam, mama tertarik dengan keindahan seni binanya yang unik...






Last sekali, sebelum balik baba ajak gi Jusco semata-mata nak makan Asam Pedas Melaka.. Untuk 'Asim nasi, sup sayur dan ais krim...


Sudah selesai pengembaraan kami...Alhamdulillah diberi kesempatan pergi dan balik dengan selamat..Syukran baba bawa mama n 'Asim jalan-jalan cari makan... ;))