Friday, October 7, 2022

Jaundice Bayi😩

 Alhamdulillah, semalam 7/10/2022 doc kata Hafs dah discharge dari follow up appointment jaundice sebab bacaannya dah 53.36.. bacaan normal bila bawah 100.. berat baby pun naik 930 gram di hari ke 26: 3.44 kg berbanding masa lahir: 2.51kg.

Bermula hari ke 3 hingga ke 26, punca Hafs kuning sebab dia bayi pramatang jika lahir bawah 37 minggu 6 hari.. Jenis darah tiada masalah sebab darahnya sama mama A+.

Berulang mama ke klinik kesihatan walaupun mama masih sakit lepas czer, akhirnya bila mama minta untuk skip 2 hari sekali ke klinik kesihatan, nurse bagi option, kalau tak nak tunggu lama, boleh pergi ke swasta Klinik Seri Anggun sebab mesin sana sama dengan bacaan mesin di KK, baba pun terus ke klinik swasta tu, 10 minit siap result kuning setiap kali datang, jimat masa dan tenaga, kemuncak bacaan kuning di hari ke 6, terus baba ambil keputusan sewa lampu phototeraphy 3 hari dari Klinik Seri Anggun untuk memgelakkan bayi kena masuk wad. Alhamdulillah kuningnya turun mendadak.

First time anak mama kena kuning sebab tu risaunya lain macam..😅











Saturday, October 1, 2022

TAHNIK MUHAMMAD HAFS BIN HAIRUDDIN

 Setelah genap seminggu, macam anak-anak yang lain juga, mama berpantang di rumah sendiri. Sebab mama lebih selesa di rumah sendiri, lagipun anak-anak sekolah dan baba pun pakar jaga mama dan bayi. Dari anak sulung baba mandikan baby dalam pantang, mama takut licin mandikan baby yang masih kecil. Lagipun jaddah (mak mama) sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehariannya, jadi tak perlu susahkan orang tua. Cuma hari ketujuh, mama akan balik rumah jaddun jaddah untuk tahnik baby dan cukur rambut serta doa2 dengan nama bayi yang diisytiharkan rasmi hari ketujuh... Semoga akhlak Muhammad Hafs semanis madu dan kurma yang ditahnik, juga sesuci air zamzam yang ditahnik dan setakwa dan bijak surah Lukman yang dibacakan.

Macam anak-anak yang lain juga, nama dipilih oleh baba. Mama ok ajer sebab malas nak fikir yang penting ringkas, makna yang baik dan jika lelaki diawali dengan Muhammad.. Hafs ialah salah seorang ulama' Qiraat. 

محمد حفص بن خير الدين


















KELAHIRAN YANG DINANTIKAN..PUTERA BONGSU MAMA BABA 12/09/2022

 Alhamdulillah.. 12/09/2022 jam 10:14 pagi, lahirlah putera bongsu kami, yang sedari dalam perut kami panggilnya "Nunu" ( dialek mesir bermaksud "bayi" ).. 

Bermula di Hotel Grand Barakah Ampang, pagi 10/09/2022  mama , abang 'Asim, kakak Filzah & Zihny ikut baba outstation seminggu, kebetulan cuti penggal persekolahan. Masa bangun dari kerusi menonton tv, tiba-tiba rasa ada air mengalir di peha tapi tak membasahi lantai (leaking sikit je).. suruh baba pegang, betullah air jernih tak melekit.. Baba suruh mama call Hospital UMRA, pihak hospital suruh datang segera untuk diperiksa doktor. Mama bersiap pergi hospital, sampai je hospital doc suruh masuk wad terus untuk dipantau. Terkejut mama sebab beg barang untuk bersalin masih di rumah, nunu baru 36 minggu + dalam kandungan. Maka masuklah mama wad diberi suntikan dexa, dicek mesin jantung bayi setiap 3 jam, cek tekanan darah dll. Baba dan anak2 lain kena pulang ke rumah ambil beg barang mama dan nunu, hantar ke wad kemudia mereka ke hotel semula untuk kemas barang dan check out emergency.. Sepatutnya baba ada kerja berbaki 3 hari di hotel, nasib bossnya minta pegawai lain gantikan kerja baba.

Baba tempah bilik single 2 bed supaya baba dan anak2 boleh teman mama tanpa ada pesakit lain dan boleh jaga mama & nunu lepas czer. setelah berpuasa dari jam 2 pagi, jam 9 nurse datang suruh mama bersiap tukar pakaian, tandatangan borang untuk bius dan borang bilateral tube ligation (BTL: potong dan ikat rahim). Kemudian disorong naik kerusi roda menuju ke bilik pembedahan. Baba dan anak2 hantar sampai ke pintu bilik bedah, kemudian mereka ke surau hospital, baba ajak baca quran untuk mama, lepas tu tunggu semula di luar bilik bedah.. 









Mama pula di bilik bedah disambut oleh pakar bius, Dr Abu Bakar dan doktor czer : Dr Wan Elly yang mesra. Lepas diberi penerangan oleh pakar bius, mama disuntik epidural, dan pembedahan pun bermula. Bila perut mama ditekan dan nunu keluar terus tangisan nunu yang kuat kedengaran. Nurse suakan ke pipi mama untuk dicium dan ditunjukkan jantina bayi untuk pengesahan. Alhamdulillah kalimah yang berulang kali terkeluar dari mulut mama, kemudian nunu dibawa keluar untuk baba azankan. Mama pula terus tertidur dalam kegembiraan + kepenatan sebab kat wad tak lena tidur, dah 2 malam kebimbangan memikirkan czer terakhir ni. Sedar je, mama dah siap untuk dibawa ke katil wad sambil nurse tunjuk botol berisi potongan tiub rahim yang dipotong dan ketulan cyst yang telah dibuang dari perut mama.

Semua gembira menyambut nunu.. Alhamdulillah wa syukru lillah.. Moga anak ini menjadi anak yang soleh, hamba yang taat padaNya, insan yang beradab, bahagia dan berjaya dunia akhirat.. Aamin Ya Mujibas Saailiin..

Esoknya tengahari mama dah boleh balik, malamnya jaddun jaddah sampai rumah kami singgah sekejap..























Monday, July 18, 2022

SCAN- SCAN BABY

 Hanya yang melaluinya, yang mengerti... mama buat semua jenis scan untuk baby sebab fobia kehilangan arwah khadijah dulu yang tak tau janin bermasalah sebab tak buat detail scan..

Jadi harini 19 Julai 2022, janin dah 29minggu, antara scan yang dah dibuat:

scan confirmation pregnancy : 5 minggu

Nuchal Translucency scan : 11 minggu 6 hari

gender scan : 19 minggu 2 hari

detail scan : 21minggu 3 hari

5d scan : 25 minggu 1 hari


heart scan : 28 minggu

Alhamdulillah, baby ok.. mama je ada Anemia in pregnancy, moga hb mama cepat normal sebelum tarikh bersalin....