Wednesday, October 1, 2014

Breastfeeding @ Penyusuan Susu Ibu @ الرضاعة

Bismillah....





Harini Zihny 52 hari...tengah tido...geram sangat...

Mama nak cerita pengalaman mama dalam penyusuan anak2 mama..

Abang 'Asim mama hanya dapat exlusive bf sampai 6 bulan je, lepas tu campur di rumah pengasuh dengan susu Isomil sebab 'Asim alah laktosa + mama dah tak larat dan tak sempat buat stok sebab masa tu mama guna pam manual & single medela harmony.. menyusu di rumah pun sampai setahun setengah sahaja ...bila ma mula mengandung arwah Khadijah, mama dah mula sakit bila menyusukan abg 'Asim....

Kakak Filzah mama dapat bf sampai umur setahun 5 bulan tanpa campur susu formula even kat rumah pengasuh..masa mula-mula mama tahu mengandung Zihny lepas pregnancy test kat rumah, mama menangis takut tak dapat sempunakan penyusuan sampai 2 tahun...maafkan mama zihny bukan mama tak suka mengandung cuma ma kesiankan filzah masa tu baru 11 bulan..mama khilaf...tapi Alhamdulillah berjaya juga sampai setahun 5 bulan dan masa tu Zihny dalam perut mama 6 bulan.. ma stopkan filzah sebab susu berkurang sebab hormon mengandung + letih lepas pam + nipple sakit masa menyusu + baba suruh stop sebelum bersalin supaya filzah tak jauh hati.. selama ni anak2 mama memang jenis tido mengempeng sampai terlena baru lepas.. jadi baba suruh biasakan tido tanpa ngempeng bagi giliran Zihny pulak nanti...
ini stok masa kakak filzah

sesi susun stok ikut tarikh


Semangat mama masih takkan hilang untuk teruskan penyusuan sempurna 2 tahun tanpa susu formula... Insya Allah mama akan susukan Zihny sampai 2 tahun..Aminnnnn.. yang pasti susu ibu, anak memang jarang sakit..
stok pertama dari mama tuk zihny 1/9-30/9 = Zihny 51 hari

untukmu yang tersayang


Sebagai langkah pencegahan dari termengandung lagi sebelum Zihny 2 tahun , mama pilih makan pil cerazette..pil ni takkan kurangkan susu sebab dia hanya menggunakan hormon progesterone sesuai untuk ibu menyusu, obes, migrain dll... ma nak sangat baby lagi tapi untuk menjayakan misi ini...kalau ada rezeki nak lagi 2 baby..hihihi


Alhamdulillah.. terima kasih Allah kau kurniakan mama kesihatan & rezki untuk anak2 mama..
Terima kasih baba yang sokong mama bf, baba yang beriya-iya belikan ma pam medela freestyle , deep freezer, nursing cover, baju2 nursing....tq sangat Luv U till Jannah ...
akhir kalam..MAMA SAYANG SEMUA ANAK2 MAMA..
Ya Allah Jadikanlah zuriat keturunanku orang2 yang mendirikan solat..
* entry ini untuk kenangan &semangat mama bukan untuk merendahkan ibu2 yang formulamilk..

2 comments:

  1. thanks sedekahkan susu ko pada ulwan...ulwan adik beradik sesusu dengan filzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks juga sudi menerima & memudahkan filzah buka tudung dgn anak m.long

      Delete