Thursday, June 27, 2013

Filzah & Susu Ibu

Alhamdulillah  hari ni Filzah dah 6 bulan

 Perkembangan dia setakat ni mengikut bulan:
1+ kepala ditegakkan apabila ditiarap
4 bulan 17 hari : meniarap tanpa bantuan
5 bulan : menyusur ke belakang dan berpusing 360 darjah hihihi
5 bulan setengah dah mula angkat-angkat montot tu macam nak merangkak tapi tak bergerak lagi..

Yang paling mama seronok selesai dah penyususan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan.. dan akan meneruskan susu ibu tanpa beli susu formula selama 2 tahun. Aminnn... semoga impian menjadi kenyataan..
Bukanlah berbangga diri tapi untuk kebaikan anak mama..

( BF Muhammad Asim ) :
 Mama terkilan sebab masa abang asim lepas 6 bulan, mama dah campur susu formula di rumah pengasuh dan susu ibu di rumah... Masa abang 'Asim mama guna medela harmony yang manual, kadang jadual kelas dan mesyuarat menyebabkan ma skip pam, akhirnya stok pun tidak mencukupi untuk di hantar rumah pengasuh... Bila dah mula formula Anmum, timbul eczema dan cirit birit.. doc suruh pakai susu tepung soya sampailah sekarang 3 tahun 'Asim with Isomil Plus..dari rm59 setin sampailah sekarang rm73 setin 900 gram.. Susu ibu pulak 'Asim bila ada mama je sampai umur setahun setengah ( 18 bulan ) sebab lepas tu mama mengandungkan arwah adik Dijah, mama dah mula sakit dan stopkan penyusuan..maafkan mama ye abg 'Asim..

( BF Filzah ) :
Si dara ni baru 6 bulan.. mama tak tahu apa yang akan terjadi menjelang umur filzah 2 tahun.. tapi ma akan cuba sedaya upaya mama untuk tidak mencampurkan susu selain susu ibu... lagipun sekarang ni mama dah ada medela freestyle yang baba belikan masa pantang... Alhamdulillah dengan rezeki Allah melalui bahan bantu tu dan mama cuba tak skip waktu pam..samapi sekarang stok sehari purata 28- 30 oz dengan 3 kali waktu mengepam setiap hari. setiap sesi 20 minit..2 kali di sekolah dan sekali sebelum tidur..sekarang ni adik dah boleh makan.setakat ni mama tak ambil apa-apa vitamin untuk banyakkan susu cuma amalkan banyak minum air dan makan makanan berkhsiat..

Filzah & Saudara susuan @ sepupu:
Disebabkan peti ais dah penuh baba terpaksa beli deep freezer masa pantang hari tu.. dan bila deep freezer pulak penuh, mama sayang nak buang stok, mama call kakak mama @ mak long dan kakak baba@ mak andak untuk tabarruk susu susu tu.. Start dari tulah setiap bulan bila deep freezer nak penuh je, mama hantar stok untuk anak-anak susuan mama tu Muhammad 'Urwah & Muhammad Irham..sayang semua anak-anak mama.. tapi tak tahulah menjelang filzah dah minum banyak nanti mungkin mama tak dapat dah nak hantar stok untuk anak susu mama ni.. apapun sekarang ni mereka dah sah jadi anak susu dan saudara susuan filzah .. so, dah besar nanti xdelah filzah pakai tudung dengan abg ulwan (jarak 3 bulan) dan abg irham (jarak 9hari)...

* Mama Syamsiah @ pengasuh cakap masa adik 3 bulan " anak awak ni dengan abangnya dulu badan keras dan tegaplah, sebab minum susu ibu ".. yup mama pun perasan tu walaupun adik tak bambam sangat tapi adik sihat & kuat..hihihi aminn
* cerita ni bukanlah mama nak berlagak tentang kejayaan mama eklslusif bf tapi sebagai pemberi semangat pada ibu-ibu yang lain dan kenangan untuk anak-anak mama bila dah besar nanti..HUSNUS ZHON tau!!..



\\



No comments:

Post a Comment