Wednesday, February 19, 2025

Anak ke-2 mamababa masuk asrama

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah 2 hari kakak Filzah tinggal di asrama, 2 kali juga dia dah call mama.. suara ceria dan bersemangat.. Alhamdulillah..



Cerita tentang pilihan kakak ke sekolah menengah, macam biasa mama baba pasti akan berbincang dengan anak tentang minatnya, cita-citanya dan hala tujunya.. Untuk sekolah menengah, totally pilihan kakak berbeza dengan abang 'Asim, kakak tak minat hafaz 30 juz Quran jadi pastinya bukan ululalbab, dia juga nak sekolah yang bukan hanya ada satu aliran di tingkatan 4, pastinya bukan SBP sebab hanya ada 1 aliran STEM disana.. dan mesti sekolah yang ada biah islami.. Akhirnya apply kemasukan sekolah khusus SMKA dan SABK..

Keputusan sekolah khusus kakak dapat 1st intake pilihan pertama iaitu SMKA Kuala Selangor atau singkatannya KUSISS (Kuala Selangor Islamic Secondary School), manakala SABK kakak dapat 1st intake SAM Rawang.






Antara 2 pilihan itu, akhirnya SMKA Kuala Selangor pilihan hati sebab di SAM Rawang Kurikulum Dini yang mempunyai 3 subjek dalam bahasa arab (Al Lughah Arabiah Muasiroh, Asy Syariah & Usuluddin) yang perlu hafalan yang banyak. Mama yakin je kakak boleh buat sebab UPKK straight A & PSRA Mumtaz Sofi tapi kakak tak minat dan dia yang nak belajar.. وفقها الله

Hari hantar kakak ke asrama:

KUSISS- Sederap Menuju Daroyni (Dunia & Akhirat)

locker kakak



Semoga kakak dipermudahkan segala urusan, disenangi semua orang, dilindungi dari mudarat, dan berjaya dunia akhirat... Aamiin





PUTERI TUNGGAL KAMI

JAGA DIRI YE MUSLIMAH SOLEHAH, FILZAH BINTI HAIRUDDIN..💖

Tuesday, April 4, 2023

Anak Sulung Mama Dah Masuk Asrama

 Alhamdulillah.. beberapa tawaran diterima tapi keputusannya 'Asim yang pilih, agar tak ralat di kemudian hari.. Seawal Oktober tahun lepas dah mula isi permohonan2 kemasukan tingkatan 1..

Sebelum isi,
baba tanya 'Asim, "Nak hafal Quran ke tak?" (Mamababa tak kisah cuma baba nak biah Islamic sekalipun tiada tahfiz)
'Asim jawab : "Nak, 'Asim nak hafal Quran tapi 'Asim tak boleh hafal sendiri, kena ada jadual, 'Asim nak bagi mahkota kat mama baba" . speechless mama masa ni..

Baba pula gembira anaknya nak ikut jejak langkahnya.
Mama diam je sebab pandangan mama lain, pandangan mama kejar cita-cita, jangan terlalu berat takut tak terbawa.. tapi mama ikutkan juga senarai pilihan yang baba buat, mama tukang key in, asalkan pendidikan formal, ada akademik juga..
Semua peluang dipohon ada program tahfiz walaupun luar negeri selangor macam Smista & Imtiyaz Kemaman (imtiyaz yang paling dekat dengan kL berbanding imtiyaz lain) ambil 5% je calon luar negeri mereka atau mrsm yang tau peluang tipis sebab ia bersasar 60-70 % untuk b40.. kecuali sambest tiada tahfiz, mama yang isi borang permohonan sebab mama suka sangat sambest🙈.. kita ikhtiar je dengan peluang2 yang ada, masa tu rasa macam2 bila fikir saingan tapi cuba positif tidak mengalah...








Akhirnya result keluar, 4 berjaya 3 yang 1st intake , 1 yang 2nd intake & 1 lagi masih status rayuan...








Saje mama semak GPS SPM sekolah-sekolah yang 'Asim mohon..
moga batch 'Asim nanti pun dapat buat yang terbaik..


Setelah istikharoh & Musyawwaroh, akhirnya 'Asim pilih ke SBPI Rawang sebabnya ada Tahfiz, koko menarik, dan dekat.. 27 Mac Hari Pendaftaran Tingkatan 1 SBPI Rawang sesi 2023/2024..



Melangkah ke alam remaja @ menengah

Usratii Jannati
locker asrama.. walaupun berkarat yang penting kemas & bersih
berat rasa mama nak tinggalkan 'Asim, tapi demi ilmu...
kasih baba
pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan


Semoga Allah memberkati jalan hidupmu, anak2 mama...

ANAK..
Dia punya jalan hidup dan keinginan sendiri,
Anak itu bukan milik mutlak kita,
kita hanya mendorong dan menyokong menuju apa yang diimpikan,
Asalkan halal & bermanfaat,
Setiap anak, Setiap generasi punya impian sendiri untuk dirinya,
Ketahuilah.. DIA BUKAN KITA...
#Pesanan untuk mama sendiri....










Monday, March 13, 2023

HAFS MAMAM

 ALHAMDULILLAH, HAFS  dah 6 bulan, boleh makan dah.. macam anak-anak mama yang lain start umur 6 bulan hingga setahun mama akan buat bubur atau puri untuk makan dan bekalan di rumah mama pengasuhnya..setahun nanti baru makan famiy food.. moga terus sihat dan membesar anak bongsu mama ni..💗






Sunday, January 1, 2023

Persediaan Hafs ke rumah Mama Sham

Esok mama kena work sebab dah habis cuti bersalin + cuti penggal persekolahan.. esok juga nunu Hafs kena pergi rumah mama Sham @pengasuhnya... Moga dimudahkan segala urusan .. moga nunu serasi dengan mama Sham macam abang2 & kakak dulu ...

Barang untuk tinggalkan kat rumah pengasuh


penuh deep freezer, bekalan untuk Hafs hari2💖


3 bekas berpenutup penuh, yang tak muat kita susun je kat tepi😅..

Friday, October 7, 2022

Jaundice Bayi😩

 Alhamdulillah, semalam 7/10/2022 doc kata Hafs dah discharge dari follow up appointment jaundice sebab bacaannya dah 53.36.. bacaan normal bila bawah 100.. berat baby pun naik 930 gram di hari ke 26: 3.44 kg berbanding masa lahir: 2.51kg.

Bermula hari ke 3 hingga ke 26, punca Hafs kuning sebab dia bayi pramatang jika lahir bawah 37 minggu 6 hari.. Jenis darah tiada masalah sebab darahnya sama mama A+.

Berulang mama ke klinik kesihatan walaupun mama masih sakit lepas czer, akhirnya bila mama minta untuk skip 2 hari sekali ke klinik kesihatan, nurse bagi option, kalau tak nak tunggu lama, boleh pergi ke swasta Klinik Seri Anggun sebab mesin sana sama dengan bacaan mesin di KK, baba pun terus ke klinik swasta tu, 10 minit siap result kuning setiap kali datang, jimat masa dan tenaga, kemuncak bacaan kuning di hari ke 6, terus baba ambil keputusan sewa lampu phototeraphy 3 hari dari Klinik Seri Anggun untuk memgelakkan bayi kena masuk wad. Alhamdulillah kuningnya turun mendadak.

First time anak mama kena kuning sebab tu risaunya lain macam..😅











Saturday, October 1, 2022

TAHNIK MUHAMMAD HAFS BIN HAIRUDDIN

 Setelah genap seminggu, macam anak-anak yang lain juga, mama berpantang di rumah sendiri. Sebab mama lebih selesa di rumah sendiri, lagipun anak-anak sekolah dan baba pun pakar jaga mama dan bayi. Dari anak sulung baba mandikan baby dalam pantang, mama takut licin mandikan baby yang masih kecil. Lagipun jaddah (mak mama) sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehariannya, jadi tak perlu susahkan orang tua. Cuma hari ketujuh, mama akan balik rumah jaddun jaddah untuk tahnik baby dan cukur rambut serta doa2 dengan nama bayi yang diisytiharkan rasmi hari ketujuh... Semoga akhlak Muhammad Hafs semanis madu dan kurma yang ditahnik, juga sesuci air zamzam yang ditahnik dan setakwa dan bijak surah Lukman yang dibacakan.

Macam anak-anak yang lain juga, nama dipilih oleh baba. Mama ok ajer sebab malas nak fikir yang penting ringkas, makna yang baik dan jika lelaki diawali dengan Muhammad.. Hafs ialah salah seorang ulama' Qiraat. 

محمد حفص بن خير الدين